Ayam Atau Telur Ayam?
"Saya nak tahu tentang Islam.." kata seorang kakak yang lewat 30-an kepada saya. Kami berbual di bangku yang tersedia di taman. Dia seorang yang berbangsa China. Namun, mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi mengenai Islam.
"Islam adalah agama yang di bahawa oleh seorang lelaki bernama Muhammad. Islam adalah agama yang indah, berkasih-sayang, aman-damai dan bersatu-padu.." jawab saya ringkas.
"Kenapa orang Islam mesti lakukan solat lima kali sehari?" tanyanya lagi.
"Solat lima kali sehari menjadi satu kewajipan untuk semua orang Islam. Ini kerana solat merupakan simbol kehambaan dan ketaatan kami kepada tuhan kami. Ia juga merupakan satu ibadah yang sangat di tuntut oleh tuhan kami, Allah Ta'ala.." balas saya sambil tersenyum. Raut wajah kakak itu menzahirkan kemusykilan.
"Tujuan solat?" tanyanya pendek.
"Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bukankah manusia ini sifatnya sering lupa. Malah, solat juga bertujuan untuk membentuk keperibadian kami sebagai orang Islam. Sekaligus, membolehkan kami masuk syurga.." jawab saya jujur.
"Syurga? hmm, bagaimana solat boleh membawa ke syurga?" tanyanya lagi. Senyuman belum terukir di bibirnya yang merah.
"Jika kita mahu masuk rumah, kita perlu buka pintu rumah kita dengan kunci. Begitu juga dengan syurga, jika mahu masuk syurga, solat adalah kuncinya..".
"Oh, begitu.." katanya sambil mengangguk perlahan.
"Namun, masuknya orang Islam ke dalam syurga, bukanlah semata-mata bergantung pada solatnya. Tetapi, dengan rahmat Allah.." jelas saya lagi.
"Bagaimana mahu mendapat rahmat dari tuhan kamu?" dia terus bertanya.
"Dengan solat.." jawab saya pendek. Dia termenung jauh.
Kini giliran saya menyoal beliau. "Akak, akak percaya tak bahawa tuhan itu ada?".
Dia diam tanpa sebarang jawapan. Masih memikirkan jawapan agaknya.
"Ok, macam ni. Saya tanya akak, antara ayam dan telur ayam, manasatu yang wujud terlebih dahulu?" tanya saya padanya. Dia masih terdiam.
"Tentulah telur ayam!" jawabnya dengan yakin.
"Hmm, akak pasti? Bukankah telur ayam berasal dari seekor ayam?" balas saya cuba memutar-belitkan soalan.
Dia terdiam lagi. Dahinya nampak berkerut cuba memikirkan sesuatu.
"Ayam yang wujud dulu!" jawabnya lagi dengan yakin.
"Bukankah seekor ayam menetas dari telur ayam?" kata saya lagi sambil tersenyum.
Dia mula nampak gusar. "Apa yang kamu cakap ni? Takde kena mengena dengan Islam!" katanya mula tidak puas hati.
Saya tersenyum. "Sabar akak. Jika kita amati senario ayam dan telur ayam itu, ia sangat berkait rapat dengan Islam.." kata saya dengan halus.
"Maksud kamu?" hatinya mula terpancing kembali.
"Jika kita fikirkan, tentulah tidak ada kesudahannya mengenai yang manasatu wujud terlebih dahulu. Konklusinya, sudah tentu ada yang memegang kuasa mutlak. Maksud saya, pasti ada yang menciptakannya.." jelas saya secara berhati-hati.
Dia masih terdiam. Fokus mendengar kata-kata saya.
"Seperti beg tangan Gucci akak ni lah, mesti ada yang menciptanya bukan? Takkan beg ni terus saja wujud tanpa pencipta?" saya menyambung.
"Betul betul.." balasnya sambil mengangguk kecil.
"Begitulah dengan kita sebagai manusia. Kita ada Pencipta kita. Dalam Al-Quran, Surah Al-Insan, ayat 2, Allah berkata , "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur..". Akak kumpul lah seramai manapun saintis dan ilmuwan di dunia ini, suruhlah mereka cipta seorang manusia sama seperti kita, adakah mereka mampu?" kata saya cuba meyakinkan beliau.
"Tidak..".
"Oleh itu, Allah-lah yang memegang kuasa mutlak itu. Surah Al-Ikhlas, ayat 3, Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Akhirnya, cuma hanya ada satu tuhan yang kita ada, iaitu Allah Ta'ala.." hujah saya sambil melemparkan senyuman kepadanya.
"Kamu sering bercakap bersandarkan Al-Quran.." dia mula menyuarakan pendapatnya.
"Islam berhujah berdasarkan fakta. Bukan hanya setakat suka-suka atau akal fikiran semata-mata.." balas saya.
Kali ini, senyuman terbit di bibirnya. Mula terbuka agaknya fikirannya. Malah, mungkin hatinya yang sudah terbuka! -HS
MasyaAllah La Quwatailla billah.
BalasPadamMasyaAllah La Quwatailla billah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam