Tutup Yang Terbuka
Berapa ramai yang masih menutup aurat tapi masih terbuka auratnya? Pelik. "Tutup tapi terbuka?". Ya, berapa ramai yang masih mampu menutup aurat namun masih tidak mampu menjaga akhlaknya. Berjubah namun lidahnya masih lancang mencaci saudara seagama. Bertudung labuh namun masih tidak malu apabila di sentuh lelaki di khalayak ramai. Akhlak itu pakaian. Orang yang tidak berakhlak umpama bertelanjang(tidak berpakaian). Inilah yang di namakan menutup aurat sambil membuka aurat. Sebagai seorang Islam, kita perlulah menjaga akhlak dan budi bahasa kita. Apa guna menutup aurat apabila perbuatan, percakapan dan pemikiran kita masih buruk? Tepuk dada, tanya iman. Bagaimana mahu jadi insan yang berakhlak? Jaga lidah kita dari mencaci-maki. Jaga maruah diri daripada terjeremus dalam kancah dosa. Tunjukkanlah kepada dunia, wajah Islam yang sebenar. Bukankah Islam itu sendiri agama yang luhur budi pekertinya? Ya, Rasulullah SAW sendiri di utus kepada sekalian alam untuk menyempurnakan akhlak. Maka, sebagai umat Baginda, jagalah akhlak. Jadikan pakaian akhlak itu sebagai contoh kepada orang sekeliling kita. Bayangkanlah kalau kita bertelanjang di khalayak ramai. Bukankah kita rasa malu? Ya, malu. Sungguh, betapa sedih melihat ada di kalangan umat Islam sendiri yang memburukkan imej Islam. Jangan hairan kalau orang tidak mahu masuk Islam. Ini kerana mungkin sahaja hidayah Allah akan sampai pada mereka. Tetapi hairanlah kalau orang Islam tidak lagi Islam. "Maka, nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?" -HS
Ulasan
Catat Ulasan