#AllahwaRasul : Musim Luruh Di Hatiku...
--
Siangku tidak lagi sama seperti dulu,
Begitu juga malamku..
Apa yang kulihat pada dunia,
Sudah kosong tiada bermakna,
Kerna jiwaku sudah lemas dalam rangkulanNya..
Pandanganku terbang jauh ke akhirat,
Hatiku telah duduk tenang di sisiNya,
Menunggu penuh sabar akan saatnya bertemu Dia..
Aku telah berjanji,
Pada diriku sendiri,
Bahawa hidup perlu diteruskan.
Walau apapun yang menghalang,
Walau sepedih mana pun hati,
Walau seteruk mana pun diri,
Walau sepunah mana pun harapan,
Sebatas manapun daya tahanku,
Langkahku perlu diteruskan,
Harus kuat!
Harus berani!
Maka pelarianku sudah bermula,
Bebas dari belenggu keduniaan,
"Berlarilah menuju Tuhan!"
Usah lagi terpedaya dengan hiasan dunia,
Rangkul erat pula tali ALLAH,
Belenggu hatimu padaNya,
Jangan lepaskan..
Jangan putuskan..
Wahai diri,
Aku menyeru padamu,
Kekalkanlah hubunganmu dengan Allah,
Cukuplah menzalimi diri sendiri,
Sudah cukup menconteng arang di muka sendiri..
Malulah sedikit pada Tuhanmu..
Wahai hati,
Engkau pula..
Teruskan berlari,
Kumohon jangan berhenti,
Jangan lagi kau pandang arah belakang,
Kekal teruskan,
Tinggalkanlah semuanya..
Tinggalkanlah apa yang membuatmu sakit,
Tinggalkanlah apa yang menyedihkanmu..
Cukuplah ALLAH bagiku,
Sungguh janjiNya adalah janji paling benar..
BersamaMu, aku tenang..
BersamaMu, aku bahagia..
BersamaMu, aku lebih kuat..
BersamaMu, aku tersenyum..
Sekarang;
Matahari sudah mula menebarkan sinarnya,
Tanda perjuangan yang baru sudah bermula,
Buat yang entah ke berapa kalinya..
Tangisanku tidak lagi ada maknanya,
Ia sudah dibuang jauh entah ke mana,
Kenapa perlu disimpan jika jiwa siksa,
Meronta...
Maka terlerailah simpulan tali,
Merenggut jantung sakit tidak terperi,
Harus dilepaskan..
Mesti dilepaskan,
Dengan nama ALLAH,
Kini aku lepaskan,
Aku lepaskan pergi,
Keduniaan yang bersemayam di hati..
Aku terus fana dalam sebutan "Allah.."
Aku tenggelam tatkala dahi bersujud padaNya,
"Apakah ada lagi yang lebih nikmat selain ini?"
Di situlah hati berehat,
Tatkala bangun berdiri saat malam tiba,
Mengalunkan ayat-ayat cintaNya,
Membaca terus menerus 114 surat-surat cinta dariNya,
Ulang dan diulang lagi,
Tanpa kenal erti jemu..
Kerna cintaku juga cintaMu,
Rinduku juga rinduMu,
Kaulah cintaku,
Kaulah rinduku,
Oh! Kau Tuhan Yang Maha Satu..
Akhirnya;
Dedaunan keemasan pun sudah mula gugur,
Tanda musim luruh sudah tiba,
Hatiku tenang menunggu,
Saat kebahagian memeluk jiwa,
Saat itu,
Aku masih tersenyum manis,
Biarpun tawar jiwa,
Apalah sangat kudrat seorang manusia,
Baru dicucuk sedikit hatinya,
Sudah menangis nan hiba..
Saatnya akan tiba,
Satu kepastian yang tidak perlu kau tanya bila,
Atau di mana,
Kebebasan abadi....
Saat itu,
Aku sudah tidak ada di sini,
Aku sudah berada di 'sana',
Mohon jangan cari,
Jangan tangisi,
Jangan ratapi,
Tapi cubalah baca kembali,
Baca kembali tulisanku ini;
Baca kembali coretan hatiku ini..
Sungguh,
Semuanya adalah demi kebaikan ukhrawi,
Semuanya adalah untuk ummah ini,
Yang kering dahaga dengan tarbiyyah diri..
Baca lagi..
Mohon teliti dan fahami,
Rasakan..
Tidak perlu kata apa-apa,
Tapi, tolong rasakan..
Rasakan sekarang...
Apa yang ada dalam hatimu?
Manakah hatimu?
Manakah imanmu?
Manakah nilai kehambaanmu?
Aku mula bangkit dari bangku ini,
Meneruskan jalanku di 'sana',
Jika kau hendak berjumpa aku,
Ikutlah jalan ini..
Jalan menuju redhaNya,
Pasti kita akan bersua di sana..
15/10/2016
Jiwa Yang Luruh
--
"Kembalilah pada Tuhanmu walau dalam keadaan merangkak atau berjalan; kerana harapan akan sentiasa ada buatmu. Baliklah.. Baliklah kepada Tuhanmu. Cukup-cukuplah kau melarikan diri dariNya. Tengok, Dia(Allah) sedang melihatMu sekarang. Sekarang, baliklah padaNya.." - HS
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam