Hati Seorang Hamba

Sakit. Tenangnya tiada. Lelah. Batinnya menjerit. Hati menangis. Gembiranya pergi. Tersungkur. Dosanya mengering. Jiwa mati. Akhlaknya binasa. Iman berlalu pergi. Taqwa entah ke mana. Menyesal. Ah, tiada berguna. Mengharap. Takut dan malu. Menunggu mati. Ah, sukar di percayai! Sejadah berdebu. Al-Quran berhabuk. Sunnah tinggal memori. Kopiah & telkung menanti. Hidayah melambai. Hati tersentuh. Tercetus rasa. "Aku mahu kembali". Dia(Allah) tetap menanti. Kaki melangkah. Terus melangkah. Transformasi. Jahiliyah kepada Mukmin. Gelap kepada cahaya. Dunia kepada ukhrawi. Air matanya tercurah. Ya, bahagia. Bahagia yang luar biasa. Dia(Allah) merangkulmu dalam pelukan-Nya. Halus belaian kasih-Nya. Ya, dengarkan. Dengar dengan hati, bukan telinga. Redha-Nya, bukan redhanya. Cinta-Nya, bukan cintanya. Kenali Dia, bukan kenali dia. Sayangi Dia, bukan sayangi dia. Bersama-Nya, bukan bersamanya. Untuk-Nya, bukan untuknya. Ya, hijrah hati, bukan hijrah diri. Sujud hati, bukan setakat sujud dahi. Tadah hati, bukan setakat tadah tangan. Menangis hati, bukan setakat menangis mata. Menyesal hati, bukan setakat menyesal bibir. Taubat hati, bukan taubat sehari. Sabar hati, bukan sabar diri. Berzikir hati, bukan setakat lisani. Ruku' hati, bukan setakat badani. Bersaksi hati, bukan setakat jari. Ya, Hati. -HS

Ulasan

Catatan Popular