Puisi Aidil Adha - KebesaranNya
Pagi ini, aku terus tenggelam dalam kehambaan..
Pagi ini, gema takbir telah memecah kesunyian..
Satu persoalan timbul,
Apakah makna KEBESARAN yang hakiki?
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Ingin kuceritakan pada dunia,
Juga berbisik pada tanah ini,
Bahawa di sebelah sana,
Merentasi di pelusuk Asia,
Tiba di tanah Jazirah.
Menyelusuri gurun nan tinggi,
Lalu turun ke tanah yang suci,
Tiba di Masjidil Haram,
Masuk dengan rendah diri..
Maka, saat itu..
Kedua mata telah melihat,
Telah melihat!
Ka'abah yang suci..
Ka'abah yang menjadi arah berdiri,
Ka'abah yang menyatukan semua hati,
Itulah dia rumah Illahi..
Lantas,
Hati pun bersujud,
Hati yang keras pun lembut,
Mataku penuh dengan airmata,
Tangan naik paras dada,
Aku memohon doa..
Ya ALLAH! Aku datang padaMu Ya ALLAH!
Ya ALLAH! Aku datang menyahut seruanMu Ya ALLAH!
Ya ALLAH! Aku datang dengan dosaku yang menggunung Ya ALLAH!
Tuhanku! Ampunkan dosa-dosaku!
Ampunkan dosaku Ya ALLAH...
Terimalah segala amalanku Ya ALLAH!
Terdengar sayu nan syahdu suara si hamba,
Jiwanya meronta-ronta meminta pada Yang Esa,
Kakinya melutut mabuk dalam cintaNya..
Hati mula berkata,
"Apalagi yang patut kuserahkan padaMu Ya Rabb,
melainkan seluruh jiwa dan ragaku hanya untukMu?"
Pengorbananku..
Tidaklah sehebat pengorbanan Ibrahim.
Telah tertulis dalam sejarah,
Ibrahim menyerahkan Ismail pada Tuhan,
Demi cintaNya,
Maka, dia melakukan..
Ibrahim melepaskan pergi..
Ismail pula merelakan diri..
Inilah bukti CINTA yang sebenar-benarnya!
Inilah warisan orang-orang soleh!
Tiada kepentingan diri,
Melainkan semua kerana Illahi..
Katanya..
Kerana ALLAH aku sanggup begini..
Kerana ALLAH aku sanggup mati..
Sehinggalah peristiwa itu terabadi,
Dalam setiap hati yang masih hidup kala ini..
Pagi ini, aku telah sedar..
Hanya ALLAH Yang Maha Besar..
Aku kecil,
Aku tersangat kecil,
Aku tersangatlah kecil..
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Ulasan
Catat Ulasan