Hanya Kerana $50! :)
Dalam hidup kita ini, amat susah untuk kita melihat keikhlasan seseorang. Benarlah, keikhlasan seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu. Beberapa tahun yang lepas, murabbi saya pernah berkongsi sebuah kisah biasa yang luar biasa. Tentang $50. Ya, pasti anda tertanya-tanya, apakah yang luar biasa sangat tentang $50. $50, satu jumlah yang besar jika diberi kepadaorang sekalipun tanpa keikhlasan, tidak akan berguna di sisi Allah. Namun, $1 yang sedikit malah kecil jumlahnya, akan bernilai di sisi Allah jika dihulurkan dengan penuh keikhlasan. Ya, ikhlas. Ikhlas memainkan peranan penting. Satu lagi contoh yang mudah, bayangkan kalau kita tinggal dalam sebuah flat 40 tingkat. Rumah kita terletak pada tingkat 40. Hendak naik ke atas, perlu menaiki tangga kerana 'lift' tidak ada. Katakanlah, apabila sampai depan pintu rumah, kita tersedar bahawa kunci rumah tertinggal dalam kereta. Kita pun kata, "Aduh, sia-sia aku naik, rupanya kunci rumah tinggal" . Kita pun terpaksa turun semula mengambil kunci tersebut. Ya, begitulah juga dengan solat kita. Kita solatlah 40 raka'at atau 40 tahun atau 40 jenis, tapi kalau ikhlasnya tinggal, tidak ada, maka solat kita sia-sia sahaja. Namun, ada juga yang berkata, "Oh kalau begitu, tidak perlu solatlah jika tidak ikhlas". Tidak juga begitu. Samalah juga seperti tertinggal kunci rumah. Mahu tidak mahu, kita TERPAKSA mengambilnya juga supaya tidak tidur di luar pintu rumah. Solat pun begitu juga. Paksalah diri kita untuk solat walaupun tidak ikhlas . Ini kerana dari keterpaksaan itulah timbulnya keikhlasan. Oleh yang demikian, didiklah hati untuk ikhlas beribadah kerana Allah. Singkirkan keegoan dalam hati. Gantikanlah ia dengan rasa tawadha' dan harapan kepada Alla h azza wa jalla. Semoga kita dimasukkan dengan mereka yang solatnya, ibadahnya, hidupnya, matinya, hanya untuk Allah ta'ala. Allahu ta'ala a'lam. -HS
Ulasan
Catat Ulasan