Hati Seorang Pendosa

Aku sedih mengenang dosa-dosa silamku. Yang sampai masa kini, belum pudar di ingatan. Aku takut jika dosa-dosaku, tidak diampunkan oleh ALLAH. Namun, aku tahu bahawa keampunan ALLAH itu lebih besar daripada kemurkaan-Nya. Terlalu susah bagiku untuk menyingkirkan sisa-sisa Jahiliyah yang masih ada dalam diriku. Lantas, aku berkata, "Apakah aku layak digelar hamba ALLAH yang sejati, sedangkan Jahiliyah masih bersarang dihati?". Sungguh, aku memang jahil!. Ya, aku hidup dalam persekitaran yang penuh kejumudan. Kadang, terasa diri ini hendak lari begitu jauh dari sini. Namun, aku sedar, bahawa dunia ini hanyalah penjara bagi orang Mukmin. Ya, saat itu pasti akan tiba. Saat apabila hati dan diri berehat di negeri abadi yang namanya Akhirat. Ya, di situlah hati berehat. Akan tetapi, apabila memandang kepada akar nafsu yang kian menjular. Aku cuba bertahan. Cuba mengumpul semangat yang ada untuk tidak tewas. Namun, sekali lagi, aku GAGAL. Seolah-olah ledakan nafsu itu memecahkan kaca iman yang selama ini cuba dihias. Cuba meraih istiqomah, namun punah! Sekali lagi, aku GAGAL. Aku GAGAL. 19/1/2015 -HS

Ulasan

Catatan Popular