Man Jadda Wa Jada :)
Salam Ukhuwah fillah. Alhamdulillah, saya diberi kesempatan lagi untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. Saya mempunyai impian. Betapa diri ini ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Ya, mungkin UBD. Mungkin juga UNISSA. Saya juga punya impian untuk duduk bersama para masyaikh-masyaikh dan ulama' . Cuba untuk memutik kata-kata mutiara dari mereka dan belajar adab dengan mereka. Saya juga punya impian untuk merantau ke negara-negara Islam yang lain seperti Istanbul, di Turkey. Ah, terasa diri ini masih jahil. Kini, saya cuma berjuang dengan apa yang saya miliki. Saya teringat mutiara kata dari Prof. Hamka , "Yang ada ini sudah harapan kita". Maksudnya, kita manfaatkanlah apa yang kita sudah miliki dengan menyumbangkannya kepada dunia Islam. Namun, tidak salah bagi kita untuk mengharap yang belum kita ada. Alhamdulillah, sungguh termotivasi apabila melihat sahabat-sahabat yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga kita terus berjaya di dunia mahupun akhirat, Aamiin Ya Rabb :) . -HS
Ulasan
Catat Ulasan