Manasatukah Milik Kita? :)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah azza wa Jalla kerana kita diberi peluang lagi untuk hidup. Kali ini, saya akan berkongsi tentang HIDUP. Ya, apa ada dengan nikmat hidup? "Hidup adalah anugerah" lirik lagu D'Masiv Jangan Menyerah. Apabila kita lihat sekeliling kita, betapa banyak nikmat yang telah Allah azza wa jalla telah kurniakan kepada kita. Saya masih teringat ketika mengikuti sebuah program tarbiyah yang diadakan di Pantai Muara. Ketika itu, kami disuruh duduk menghadap lautan. Kemudian, kami ditanya dengan satu soalan yang cukup memberi kesan terhadap saya. Soalannya berbunyi, "Cuba pandang sekeliling kita, dan tolong nyatakan manasatu yang dicipta oleh manusia, bukan Allah?". Macam-macam jawapan yang diberikan. Saya sendiri menjawab baju yang saya pakai adalah ciptaan manusia. Lalu, dia pun memberitahu kami jawapan yang sebenar. Halus jawapannya namun terkesan di hati. "Semua yang ada dilangit dan bumi hakikatnya milik Allah. Hatta, baju yang kita pakai adalah milik Allah. Kenapa? Sebab asal baju itu daripada bahan semula jadi". Saya tergamam ketika itu. Ya, tidak ada satupun dalam HIDUP ini milik kita. "Zero + zero, takkan pernah memberi kita SATU" .Ya, hakikatnya hati kita selama ini buta untuk melihat semua pinjaman yang telah Allah berikan pada kita. Nikmat melihat, berjalan, membaca blog ini dan lain-lain lagi, sebenarnya pinjaman daripada Allah. Oleh itu, syukurilah d setiap nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Murabbi saya pernah berkata, "Kadang-kadang sesuatu perkara itu kita tidak nampak kerana ia terlalu hampir dengan kita". Ya, begitulah nikmat-nikmat kurniaan Allah. Ia ada disekeliling kita, cuma hati kita terlalu buta untuk melihatnya. Lihatlah dunia ini dengan mata hati kita, in shaa Allah, kita akan rasa bahawa kita ini cumalah hamba Allah yang sangat kerdil & lemah. Kita perlukan Allah dalam hidup. Kita lemah tanpa-Nya. Kita tidak perlukan oksigen untuk hidup, tetapi kita perlukan ALLAH untuk hidup. Kita tidak perlukan kaki untuk berjalan, tetapi kita perlukan ALLAH untuk berjalan. Ya, semua terjadi dengan izin-Nya juga. Semoga kita berjaya menundukkan hati kita pada Allah agar kita hidup dengan penuh barokah wa rahmah. Allahua'lam. -HS
Ulasan
Catat Ulasan