Buat Insan Yang Bergelar Da'ie :)

"Jangan hairan kalau ada sahabatmu yang sanggup memandu 30 kilometer batu jauh hanya semata-mata untuk mendengar masalahmu. Jangan hairan kalau ada sahabatmu, yangg sanggup 'bebasah bekaring', hanya semata-mata untuk membuat dirimu dekat dengan Allah. Jangan pula engkau hairan kalau ada sahabatmu, yang paginya petangnya malamnya sentiasa berdamping denganmu, hanya kerana dia risau seandainya engkau terjerumus dalam kancah dosa. Jangan hairan kalau ada sahabatmu yang sering bertanya khabarmu, kerna dia tahu Silaturrahim itu penawar hidupmu. Jangan juga engkau hairan seandainya sahabatmu itu nanti pergi, engkau sudah tidak mengenali dirimu yang dulu. Ya, dirimu yang dulunya sesat di tengah lautan dunia. Itu tanda hatimu sudah terubat. Hatimu sudah kembali kepada-Nya. Tersimpul pada ikatan nur kasih-Nya. Ketahuilah, sahabatmu itu juga insan biasa. Sama seperti dirimu. Cuma..dia berada di sebuah jalan yang amat berbeza denganmu. Jalan yang tidak ramai memilih untuk diterokai. Nama jalan itu jalan Dakwah.." -HS , 22/06/2015.

Ulasan

Catatan Popular