"Ayah tidak melarang jika kamu melakukan kerja ni..." kata seorang lelaki yang sudah berumur kepada anaknya yang baru meningkat muda belia.
"Janganlah ayah risau. Kalau saya mati pun, ini di kira sebagai jihad" balas pemuda itu kepada ayah kesayangannya. Dia memang seorang anak yang berjiwa berani. Di umur muda sudah sanggup mahu mengorbankan nyawa di medan perang. Ini kerana berita telah tersebar bahawa pihak tentera memerlukan banyak sukarelawan untuk menyertai perang menentang pihak musuh yang sudah mula mengganas sejak sebulan yang lepas.
Ayahnya mula menyambung bicara, "Namun, ayah tidak sanggup kehilangan kamu. Siapakah yang menjaga ayah dan ibumu nanti seandainya kamu sibuk di medan perang?". Nampak kesedihan terlukis di wajah ayahnya. Sekali lagi, wajah lelaki tua itu tunduk.
"Ayah, janganlah bersedih. Relakanlah kepergian anakmu ini yang sanggup berjuang menyahut seruan jihad.." pujuk anak muda itu lagi. Keinginannya terlalu besar untuk turut serta dalam barisan peperangan.
Lantas, ibunya yang dari tadi hanya berdiam diri mula membuka bicaranya. "Hamzah, bukan ayah dan ibu tidak mahu kamu menyertai pihak tentera melawan musuh. Tapi..." kata-kata ibunya berhenti di situ.
Pemuda itu terdiam. Lalu, dia bertanya, "Tapi apa ibu? katakanlah pada Hamzah..". Dia mula tersenyum kecil.
Lalu, ibunya pun mengambil sebatang pen yang ada di atas meja berhampiran mereka. Kemudian, ibunya pun berkata kepada Hamzah, "Anakku, berjihad-lah kamu dengan sebatang pen ini..".
Hamzah tertawa mendengar apa yang di katakan ibunya. "Ibu ni pandai bergurau..Takkan Hamzah nak bunuh tentera musuh dengan sebatang pen?". Dia tertawa lagi.
"Bukan itu yang ibu kamu maksudkan.." sampuk ayahnya dengan nada yang sedikit keras. Ayahnya pun mencapai pen tersebut dari tangan isterinya.
Sambil memegang pen itu, ayahnya berkata dengan tegas, "Hamzah, apa yang di maksudkan oleh ibu itu, berjihad-lah dengan menuntut ilmu. Tuntutlah ilmu tinggi-tinggi. Ayah mahu kamu menunjukkan kepada tentera musuh bahawa kita, orang Islam, adalah cerdik dan bijaksana. Cukuplah mereka mengatakan selama ini bahawa kita ini bodoh, ketinggalan zaman dan sebagainya..".
Lidah Hamzah tidak mampu melafazkan sebarang kata. Dia terdiam sejenak. Fikirannya lebih terbuka sekarang.
"Tidak perlu kamu berjihad mengorbankan nyawa di medan perang. Bukankah menjaga dan memberi makan kami berdua juga di kira sebagai jihad?" kata ibunya sambil memegang tangan Hamzah.
"Betul ibu.." jawab Hamzah pendek.
"Ambil-lah pen ini, dan berjihadlah kamu dengannya agar suatu hari nanti, kepakaran dan kepintaranmu dapat di gunakan untuk melumpuhkan musuh. Bolehkah kamu berjanji dengan ayah?" kata ayahnya sambil menyerahkan pen tersebut kepada Hamzah.
Hamzah menangis. "Baiklah ayah. Saya berjanji akan berjihad dengan pen ini..".
15 tahun kemudian...
"Dengan senjata yang saya cipta ini, insha Allah, akan mampu menghancurkan kubu pertahanan musuh" kata Hamzah kepada Jeneral.
"Insha Allah.." jawab Jeneral.
Lalu, Hamzah mengeluarkan sebatang pen dari sakunya. Dia memegang erat pen itu sambil berkata dalam hati, "Ayah, ibu. Sekarang Hamzah dah tunaikan impian ibu..". -HS
Ulasan
Catat Ulasan