Lillahi Ta'ala! :)

Alhamdulillah. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana begitu lama tidak 'update' blog saya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. In shaa ALLAH, dalam hidup kita, pasti kita telah disibukkan dengan pelbagai perkara. Saya sendiri mengalami hal yang sama. Ya, sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini, bukanlah semudah yang disangkakan. Tambahan pula, memikul tanggungjawab sebagai seorang Majlis Pelajar. Namun, apa yang membuatkan saya terus melangkah, kerna saya yakin & tahu bahawa ALLAH tidak akan membiarkan hamba-Nya yang sentiasa berkhidmat untuk-Nya. Prinsip yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya ialah bekerja semata-mata untuk ALLAH, iaitu dengan cara meniatkan apa sahaja yang kita lakukan, hanya kerana Allah. Adakalanya assignment saya melambak, 'meeting' tidak henti-henti, dan macam-macam hal lagi. Semuanya adalah UJIAN dari Allah. Bersabarlah. Tanya diri kita kembali, "Aku mahu redha Allah atau redha manusia?" . Kalau kita hidup(kerja, belajar, mengajar,etc) semata-mata untuk Allah, kita akan tetap merasa senang walau sesibuk manapun kita. Kita akan memandang kesibukan itu sebagai hadiah dari ALLAH buat kita. Kenapa? Sebab mungkin dengan kesibukan kita untuk agama-Nya, akan membuatkan kita tidak ada masa untuk buat dosa. Bagaimana hendak sibukkan diri untuk agamaNya? Niatkan segala usaha dan kegiatan kita, hanya untuk ALLAH. Ya, hanya untuk ALLAH... :) -HS

Ulasan

Catatan Popular