Bingkisan Rindu Buat Habiballah

Tidak akan pernah sempurna pujian kami terhadapmu Ya Sayyidi. Tidak tergambarkan akan keindahan yang ada pada wajah muliamu Ya Habibi. Malah, tidak akan terlukiskan dengan kata-kata keindahan akhlak dan pekertimu Ya Thobibi. Pada untaian selawat itu, kusisipkan segunung harapan yang bercampur malu. Harapan agar bersua denganmu nanti tanpa benteng sekatan dan hijab penghalang. Teringin untuk melihat wajahmu dengan penuh kesempurnaan dan keredhaan. Bersama-sama meminum telaga Kautsar milikmu, yang menjadi simbol kemuliaanmu. Pilihlah kami Ya Rasulullah untuk berdiri di belakang saf-saf barisanmu nanti tatkala engkau memohon syafa'at bagi kami. Kumpulkanlah kami dalam Halaqahmu di Mahsyar dan syurga Firdaus nanti. Masukkanlah kami ke dalam golongan para pencintamu yang sentiasa menjunjung dan memujimu tanpa kelalaian. Semoga الله sentiasa melimpahkan berkat dan rahmat kepada sekalian hamba yang memujimu dengan penuh taslim. Terimalah bingkisan rindu kami ini Ya Habibi. Semoga pujian yang tidak seberapa ini sampai padamu dan mampu membuat kau tersenyum di alam sana. Dan, aku berharap semoga harapan 'kecil' ini akan menjadi realiti. Ya, aku gila kerana mengimpikan semua ini. Cukup 'angau' diriku. Biarlah begitu. Kerna ku hanyut dalam lautan cintamu. Kerna aku tahu, hanya jalan hidupmu yang patut aku harungi untuk sampai pada الله , sebenar-benar tujuanku. #AllahwaRasul #FanaFiRasulullah #Allahughoyatuna

Ulasan

Catatan Popular