Hakikat Sekeping Hati...

Sabarlah wahai hati. Aku tahu kau sedih. Letih. Lemah. Malah, kesepian. Tidak mengapa wahai hati..Allah masih ada untuk kita. Sabarlah sedikit. Kau masih kuat. Kau masih mampu bertahan. Aku faham bahawa dunia ini sakit dan meletihkan kau. Tapi, bertahanlah. Aku faham perasaan kau. Nafsu. Dosa. Kau tidak mahu semua itu. Kekal tabah wahai hatiku. Aku percaya kau boleh buat. Demi Allah dan RasulNya. Sudahlah, jangan sedih lagi. Allah pasti bantu kita berdua untuk sampai kepadaNya. Ya, redhaNya...Kita harus dapatkan itu. Percayalah, sakit ini sementara sahaja. Sabarlah wahai hati. Bersabarlah. Engkau pasti kembali kepada Pemilikmu. In shaa Allah. Saat itu, aku sudah tidak lagi bersamamu. Engkau milik Allah. Malah, akan sentiasa milik Allah.. #AllahwaRasul #WhenHeartSpeaks #MyReflection #Allahughoyatuna

Ulasan

Catatan Popular