Hatiku meraung dalam kebisuan. Mendabik dada yang kian punah harapan. Mencari dan terus mencari. Di manakah harapan kan disangkutkan. Ingin saja aku menjerit sekuat hati. "Dosa. Dosa. Aku sudah serik dengan kau. Cukuplah! Jangan kacau aku lagi. Aku hendak bermanja dengan iman.." jerit hatiku. Aku sedar dan faham bahawa hakikat hidup ini tidak akan pernah memberi apa yang kita mahu. Tetapi, apa yang kita perlu. Lantaran itu, aku terus melangkah. Mengorak kaki ke destinasi yang masih kabur. Cuba memikul hati yang kering rindu Ilahi. Memikul terus memikul. Apabila kakiku lemah, aku berehat di pepohonan Zikr. Ya, aku letih. Letih dengan dunia. Seandainya Baginda Rasulullah ada di sini, pasti aku akan mengadu kepada Baginda. "Hatiku ini Ya Rasulullah..hatiku ini sangat hitam.." dengan wajah kesedihanku. Namun, Tuan sudah pergi dari dunia ini. Tuan sudah tidak berkeliaran lagi di muka bumi ALLAH ini. Sungguh, ana rindu sama Tuan. Rindu kepadamu Ya Rasulullah. Benar, hanya Tuan sumber inspirasiku. Sekalipun hatiku hancur dihentak oleh dunia ini, namun pada kepingan yang hancur itu masih lagi mampu daku persembahkan untuk cinta kepada ALLAH. "Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini Ya Rabb. Janganlah Kau biarkan hambaMu ini menzalimi diri sendiri. Aku yakin pada ketentuanMu bahawa jalan ini adalah sebaik-baik jalan yang patut hambaMu tempuhi" ... -HS , 8/9/2015
#AllahwaRasul
#WhenHeartSpeaks
Ulasan
Catat Ulasan