That moment...

Jika sakit itu untuk bahagia, Aku sanggup... Jika menangis itu kerana dosa, Aku sanggup... Jatuhku - Bangkitku, Biarlah untukMu.. Aku rela hatiku pecah, Biar 'mamar' dihentak dunia, Biar 'carik' ditusuk caci dan tohmah, Kerana seluruh pengharapanku, Telah sepenuhnya kuserahkan padaMu... Aku sanggup berpakaian derita, Sampai rasa itu naik ke mata, Lalu pecah berderai tangisanku, Wahai Rabb, Biarlah begitu.. Biarlah begitu.. Biarkanlah diriku 'terperuduk', Menangis hiba, Di hadapan pintu pengampunanMu...

Ulasan

Catatan Popular