#WhenHeartSpeaks

Jika dunia yang kau perjuangan, campak saja anganmu itu, Tidak berguna hatta sekelumit. Hati itu untukNya, Jangan diberi 'mua' kepada nafsu hawa, Nanti tersadai di tepi neraka, Reput tubuh badan binasa.. . Engkau yang membaca nukilan ini, Ya, engkau.. Dengarkan cerita hatiku. Ya, sombong itu letaknya pada dagu, Pada dagumu - Daguku, Maka cabut dan campak jauh-jauh, Jangan bawa pulang ke rumahmu.. Cukup, Jangan naik sedikit pun dagu itu, Tunduk, Terus tunduk, Jangan sesekali naik walau sedikit, Takut kerana sedikit itu kau & aku dicampak ke dalam An-Naar... . Pengorbanan itu terus bernafas, Hatta nyawa di hujung lembing, Hatta maut tiba tatkala fajar menyingsing, Hatiku ini akan tetap merasuk derita.. . Biar meraung jiwaku, Kerana hatiku pasti, Hancur dihentak dunia.. Demi Rabb yang jiwaku digenggamanNya, Tetapku 'urak' dihadapanNya.. Tetap juga kuhadap kepadaNya.. Tetap kuberharap padaNya... Hati itu hati! Milik الله ... Untuk الله ... Kepada الله ... Maka, sedarlah.. Takut-takut engkau tidak mahu sedar lagi, Bila matahari terbit di arah barat..

Ulasan

Catatan Popular