"Aku Perlu Belajar!"

Aku perlu belajar untuk melepaskan apa yang aku cintai, kerana semua yang ada di dunia ini sifatnya sementara. Ya, semuanya untuk ALLAH yang selayaknya dicintai. Aku perlu belajar untuk menerima nasihat dan teguran orang lain, kerana tanpa TaufiqNya, semua itu pasti tidak akan berlaku. Ya, teguran itu datang dari ALLAH. Aku perlu belajar memandang manusia dengan pandangan kasih-sayang, agar aku tidak tergolong dalam mereka yang sombong lalu dilempar ke dalam nerakaNya yang bawah sekali. Aku perlu belajar untuk merasa segala amalanku tidak akan pernah cukup untuk masuk ke syurga, akan tetapi kerana luasnya rahmatNya yang seharusnya diharapkan oleh hambaNya. Aku perlu belajar. Aku perlu belajar... Sampai bila? Sampai aku mati....

Ulasan

Catatan Popular