Burung itu bebas. Aku tidak. Hatiku tidak bebas.
Penjara. Dunia ini penjara
buatku. Syurga bagi mereka. Ya, tidak perlu aku
sebut siapa mereka yang
dimaksudkan itu. Masing-masing tahu siapa yang
aku maksudkan. Kalau burung
itu bebas, biarlah begitu. Kerana sekalipun dia
bebas, dia tidak akan sama
sekali faham apa itu dosa dan pahala. Syurga,
neraka. Berbeza dengan aku.
Aku tidak bebas. Tapi, aku tahu dan faham apa itu
dosa, apa itu pahala.
Syurga, neraka. Maka, tidak perlu risau wahai
burung yang bebas terbang di
angkasa. Engkau pasti terlepas dari siksaanNya.
Engkau jahil. Tidak faham
tentang hidup ini. Apa yang kau lakukan, cuma
bertasbih dan bertasbih
dengan caramu yang tersendiri. Ya, yang perlu
dirisaukan adalah diriku. Aku
lahir sebagai seorang Islam, tapi adakalanya,
perilakuku seperti mereka
(orang yang aku tidak perlu sebut), bukan seperti
seorang Islam. Maka, aku
takut dan risau sekali. Takut jika sekiranya
khotimahku nanti, aku tidak
lagi Islam. Kenapa? Sebab aku sering
melempiaskan nafsu hawaku. Aku
bergelumang dengan dosa. Aku tidak
mengingatiNya. Ya, aku hidup seolah-olah
dunia ini syurga. Langsung tidak ambil peduli
tentang pahala dosa. Syurga,
neraka. Benarlah, masih teringat ketika Sayyidina
Abu Bakar, yang pernah
mendamba untuk menjadi seekor burung yang
bebas di angkasa. Namun, beliau
seorang Mukmin. Sama sekali tidak akan pernah
bebas seperti burung. Kenapa?
Kerana, bagi orang Mukmin yang sejati,
kebebasan yang abadi hanyalah
apabila masuk ke dalam syurgaNya nanti.
Ulasan
Catat Ulasan