Masa sudah semakin suntuk. Tidak lama lagi, aku
akan meninggalkan kampus
ini dan mengorak langkah ke destinasi
seterusnya. Apa yang pasti, aku pasti
merindui semua sahabat-sahabat
seperjuanganku. Segala yang terpahat dalam
minda akan menjadi memori yang terindah buat
diri. Ya, babak ini mengajar
aku untuk melepaskan apa yang aku sayang.
Melepaskan sahabat semua untuk
pergi berjuang dalam gelanggang juang masing-
masing. Andai kau tahu, hai
sahabat, bahawa tatkala aku tersenyum melihat
gelagatmu, hakikatnya aku
cuma berbohong. Sebenarnya, aku meronta
dalam jiwa. Menyedari akan waktu
kita bersama sudah kian tiba ke penghujungnya.
Aku tidak mampu menahan masa
buat seketika. Atau, memutar semula ke belakang
agar kita punya lebih
banyak masa. Tidak, aku tidak mampu. Aku hanya
perlu pasrah. Ketahuilah hai
sahabat, banyak yang aku pelajari dari kalian. Aku
lebih menghargai makna
ukhuwah dan tarbiyah. Aku bersyukur kepada
ALLAH Yang Maha Penyayang yang
telah menghantar kamu semua kepadaku dan
menjadi sebahagian daripada skrip
kehidupanku. Terima kasih. Satu pesanku, apabila
kamu di luar nanti,
peganglah tali ALLAH(agama) dengan seteguhnya.
Jangan sekali-kali lepaskan.
Sungguh, di sini hanya sekadar kem latihan buat
kita, namun gelanggang
juang yang sebenar adalah di luar sana.
Pesananku lagi, bersedialah dan
tabahlah. Kelak, pasti kau akan rebah dan
tersungkur. Saat nanti semua itu
terjadi, ingatlah ALLAH banyak-banyak supaya
kamu beruntung. Ya, terima
kasih sahabat semua. Kalian memang insan-insan
yang sangat hebat!
Ulasan
Catat Ulasan