To Servants of الله

Ke hadapan hamba ALLAH yang membaca nukilan ini, kuharap kau akan terus melangkah dalam kehidupan ini. Tiada sekelumit pun tersia seandainya langkah kakimu menuju kepadaNya. Jangan kau cuba untuk berputus asa. Jalan ini masih panjang. Kau perlu terus berjalan. Mengorak langkah. Destinasimu kekal menunggu ketibaanmu. ALLAH tetap menunggumu sampai padaNya. Nasihatku, jagalah hatimu sepanjang perjalanan yang meletihkan ini agar apabila ia berakhir nanti, kau rasa puas. Tenang. Hatimu pasti ternoda dengan nafsu. Maka, kawal hatimu baik-baik. Jangan beri kesempatan untuk nafsu mengambil alih tugasmu. Aku faham bahawa jalan ini sepi dan berat, tapi kau harus kuat. Tabah. Sabar. Ingat, ada ALLAH yang sentiasa menemanimu. Lagipun, bukankah Rasulullah sudah meninggalkan kita panduan untuk mengharungi jalan ini? Ya, Al-Quran dan Sunnah. Maka, ikutilah kedua panduan hidup ini agar kau selamat. Mungkin kita tidak pernah berjumpa dan aku tidak akan berkesempatan mengenalimu, tapi peringatan ini memang ditujukan khas untukmu dan diriku juga. Kuharap kau tidak kecil hati dengan nasihat yang tidak seberapa ini. Semoga nanti, bila aku tersungkur di jalan yang kita lalui ini, akan ada seseorang yang mengingatiku untuk kembali bangun semula. Kembali mengorak langkah. Aku harap kau mengerti bicara hatiku ini. Sekian. Ikhlas daripada, HATI.

Ulasan

Catatan Popular