Jangan terlalu dituruti rasa dalam hati. Apabila
cinta itu hadir, maka
periksalah dahulu sanubari. Adakah tercetus dari
iman atau nafsu-nafsi?
Sudah, jangan tercegat berdiri. Renungi hati,
dalami sendiri. Menyendiri.
Menyedari. Dirikanlah hati. Berdiri untuk ilahi.
Pabila sedar dari duniawi,
cinta Rabb masukkan dalam hati. Maka, hati itu
harus menghayatiNya.
MengenaliNya. MenyayangiNya. Sampai mati.
Sampai syurga. Tetap mencintai
dan dicintai. Terabadi dalam 'Ar-Rahman'. Pada
99 asmaNya, bersemi rindu
yang terubati. Hidupkanlah kehidupan yang bakal
mati ini. Agar saat
kehidupan yang tidak mati-mati lagi, engkau
hidup dalam taman Firdausi.
Duhai hati yang sepi, hadir dan berdirilah depan
Ilahi. Dirikanlah hati
yang kadang hidup, kadang mati. Dan,
hidupkanlah diri yang kadang lalai dan
dinodai. Lidah dan hati berzikir. Terus berzikir.
Ah, jangan berhenti. 'Ya
Hayyul Ya Qayyum'. Sungguh..Allah Maha Hidup,
Dan Yang Maha Berdiri Dengan
Sendiri. Sekarang, hendaknya hati dan diri
mengerti, bahawa makhluk bernama
hidup akan hidup buat kedua kali. Hati yang mati,
boleh hidup kembali.
Namun, makhluk yang bernama diri ini pasti
tidak akan hidup lagi. Mati.
Hanya Ruh yang kembali. Pada Tuhan, ALLAH
Ta'ala, Yang Kekal Hidup, Berdiri
Dan Tidak Pernah Mati.
Ulasan
Catat Ulasan