Cappucino itu tumpah. Pada mulanya cawan putih itu penuh diisi dengan Cappucino lemak berkrim. Wah! Sungguh sedap. Tambahan pula, dengan cuaca hujan yang turun dengan lebatnya. Aku terus
memandang TV itu. Terus lalai
dalam buaian dunia sambil meluruskan posisi dudukku. Lalu, mencari di mana letaknya alat kawalan jauh. Mencari. Mencari.
Dussh! Cawan yang berisi Cappucino itu tumpah dan tinggal separuh isinya. Meja kayu itu sudah berselerak dengan Cappucino lemak berkrim. Ya, sebahagian daripada Cappucino itu tertumpah ke bajuku. Aku kusut. Ya, baru sahaja membeli baju itu, sudah kotor. Aku pergi ke tandas untuk mencucinya. Aku cuci dengan air berkali-kali, namun masih tidak mahu hilang kesan warnanya. Susah. Degil. Aku mengalah. Sambil menghembuskan nafas beratku, aku menatap wajahku di hadapan cermin itu. Aku lantas berfikir. “Kalau Cappucino ini sudah terasa susah hendak dibasuh, apalagi dosa yang
bersarang dihati? Bintik-bintik hitam yang mewarnai jiwa, dapatkah semua itu aku basuh sehingga putih kembali?” .Ah, aku cuba basuh lagi pakaianku. Basuh dan terus membasuh. Akhirnya, hilang sedikit demi sedikit. Nah, sekarang aku faham, hendak membersihkan dosa itu pun kena berusaha kuat- kuat! Istighfar banyak-banyak. Taubat betul-betul, bukan sementara sahaja.
Semenjak saat itu, aku mula lebih berhati-hati minum Cappucino lemak
berkrim. Malah, sudah tentunya lebih berhati-hati dalam menjaga hati agar tidak 'tertumpah' dengan Cappucino berjenama 'Dosa'. Kini, aku lebih
faham. Sekalipun Cappucino lemak
berkrim itu sangat sedap, tapi amat sukar untuk dibasuh jika tertumpah ke
baju. Begitulah dosa, rasa sangat sedap, tapi bila hendak 'membasuh'nya , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Sekian. Itulah angan-anganku di petang hari minggu.
Ulasan
Catat Ulasan