Makcik Jual Kangkung...

Kau. Ya, engkau yang membaca nukilan ini. Agaknya kenapa الله menggerakkan kau untuk berhenti sesaat semata-mata untuk ini? Aku percaya pasti ada yang الله ingin beri kepadamu. Dengarkanlah baik-baik dengan telinga hatimu. Berdakwah itu tidak ramai yang mahu memilih. Ya, mengajak orang kepada kebaikan. Mencegah orang daripada kemungkaran. Begitulah hendaknya prinsip yang terpahat dalam jiwa pendakwah. Kau pasti memikirkan bahawa tugas dakwah ini hanya dipikul oleh ustaz-ustaz, atau mungkin para alim ulama dan sebagainya. Tidak. Itu tidak benar. Sebenarnya, tugas berdakwah itu wajib dipikul oleh kesemua orang Islam. Tidak kiralah apapun posisi, status dan pangkatnya. Semua perlu berdakwah. Hatta, makcik jual sayur kangkung pun boleh berdakwah. Ini kerana metod dakwah sangatlah luas untuk digunakan. Bukanlah hanya setakat memberi tazkirah atau sebagainya. Tapi, gunakanlah kreativiti dan kelebihan yang ada dalam dirimu untuk mengajak manusia buat baik. Ya, buat baik. Itu saja. Aku pasti kau punya bakat dan kelebihan yang tersendiri. Maka, gunakanlah dengan sebaiknya untuk disumbangkan dalam dunia Islam. Pandulah ia dengan acuan Islam. Sumbangkan sesuatu demi ummah agar kelak di hari perjanjian, kau ada bukti bagi khidmatmu terhadap الله .Maka, jangan disempitkan skop dakwah. Fahami dan kaji sedikit-sebanyak tentang dakwah Islam. Semoga الله memberi rahmat buat kita semua.. #AllahwaRasul #Allahughoyatuna #DeklamasiHati

Ulasan

Catatan Popular