Jeritan Si Anak Kecil

"Menjeritlah sekuat-kuatnya hai adikku! Biar pekak telinga-telinga musuh yang zalim itu. Jeritanmu itu hakikatnya lebih besar daripada bunyi bom dan roket mereka. Tetaplah tabah hai anak kecil. Sekalipun ayahmu, ibumu, adik-beradikmu, sudah tidak menemani siang dan malammu, ingatlah bahawa ALLAH telah menjanjikan syurga untukmu".
Saya begitu sebak melihat anak-anak kecil di Gaza yang hidup penuh dengan keperitan. Ya, agaknya bagaimana Ramadhan mereka? Soalan itu bermain di fikiran saya saban hari. "Kita kenyang, mereka lapar. Kita gembira mereka sedih". Semudah itu formulanya. Allahu.. Aku malu pada diriku. Sedang mereka (anak-anak Gaza) menanti syahid, aku pula menanti apa? Sedang mereka merasa sakit, aku pula merasa apa? Sungguh, benar, aku malu dengan kamu. Aku cemburu dengan keberanianmu hai anak-anak Gaza.

Ulasan

Catatan Popular