Tentera Kehidupan

Kesusahan hidup itu hakikatnya rahmat dari ALLAH. Mahu tidak mahu, kita mesti merasakan kesusahan dalam hidup. Benar. Kita hakikatnya perlu bersedia akan tibanya saat itu. Sebagai hambaNya, kita akan diuji dengan pelbagai perkara. Ada masa kita diuji dengan kesempitan duit, kesihatan yang tidak stabil, masalah kerja dan macam- macam lagi. Satu yang pasti,kita semua tidak mahu susah. Kalau boleh, kita mahu sentiasa senang. Tapi, ALLAH tidak mahu kita begitu. ALLAH mahu kita jadi kuat, berani dan sedia tempuh ujian. ALLAH tidak mahu beri syurganya dengan cara yang mudah. Bak kata orang, “Something that are valuable, are not easy to get it”. Begitulah ALLAH meletakkan 'harga' syurgaNya. Pada kesabaran kita bila saat ditempuh ujian. Pada kekuatan kita untuk bangkit semula dalam
kehidupan. Pada hayunan tangan kita yang mengesat air mata yang mengalir akibat kegagalan yang dialami. Pada lidah kita yang mengatakan, “Aku harus bangkit semula. Aku tidak patut mengalah!”. Ya, ALLAH tidak mahu kita malas. ALLAH mahu kita berusaha sungguh-sungguh. ALLAH mahu kita berjuang untuk apa yang kita mahu. Saya benar yakin bahawa kita semua menginginkan syurgaNya. Tapi, persoalannya, berapa ramai yang berjuang untuk memilikinya? Ironinya, betapa ramai yang mendambakan syurgaNya, tapi masih berjuang untuk nerakaNya. Adakalanya, kita perlu duduk dan berfikir. Tanya diri kita, “Apa yang aku perjuangkan selama ini dalam hidupku? Adakah yang aku perjuangkan akan membawa aku ke syurga ALLAH atau sebaliknya?”. Marilah sama-sama muhasabah diri kita. Ini kerana seorang tentera itu harus tahu apa yang di perjuangkannya agar sinar kemenangan sentiasa berada digenggaman tangannya! Ketahuilah wahai tentera kehidupan, musuh yang paling besar dalam hidup ini adalah diri kamu sendiri!

Ulasan

Catatan Popular