Tangisan Anak Syria...

Mereka menangis ketakutan. Menjerit tidak tahan. Manakah kebahagian yang selama ini dinikmati? Ia telah diragut begitu saja oleh sekumpulan manusia yang tidak berhati perut. Konon memperjuangkan hak asasi manusia, namun meratah penuh rakus penduduk-penduduk Syria. Kau mengusir mereka daripada tanah kelahiran mereka. Sungguh, mereka pula yang membawa diri pergi mencari kawasan tadahan. walhal, kau pula terus bermaharajalela di atas tanah yang bukan di bawah kuasaanmu. Tidakkah kau mempunyai rasa kasihan pada anak-anak kecil yang tidak berdosa? Sekali lagi aku katakan, tidak berdosa! Kau bunuh mereka tanpa belas kasihan. Manakah agaknya kau simpan rasa kasihanmu itu? Mereka masih kecil. Mereka juga manusia. Mereka layak untuk hidup bahagia.
Dek kerakusanmu dan keraksasaanmu, si kecil kehilangan ibu dan ayahnya. Lantas, menggantikan peranan ibunya untuk menjaga adiknya yang masih bayi. Apakah ini kau katakan kebahagiaan? Lihatlah wajah mereka. Lihat dalam-dalam. Sekolah mereka kau bedil. Rumah mereka kau hancurkan. Kau juga menyekat mereka daripada mendapatkan makanan. Lihatlah, lihatlah badan mereka yang kurus kering. Menunggu bantuan yang belum kunjung tiba. Tolong kasihani mereka. Mereka masih kecil.
Kau lihat sekarang. Si kecil ini menyapu sendiri lumuran darah anak bangsanya. Membersihkan penuh syahdu. Inikah yang kau mahukan? Betapa mereka tidak seharusnya berbuat begitu. Tidak seharusnya membersihkan darah-darah para syuhada. Ya, sepatutnya mereka belajar di sekolah. Belajar membaca dan menulis. Bermain dengan kawan-kawan mereka. Sungguh, kau memang benar-benar tidak berhati perut. Kau hancurkan zaman kanak-kanak mereka begitu saja. Inikah yang kau namakan kebahagiaan? Ya, kau boleh berbuat sesuka hatimu. Kau usir mereka. Bunuh, seksa dan maki mereka. Kau boleh ambil apa sahaja yang kau mahu. Namun, sekali-kali tidak, kau dapat memiliki hati mereka. Mereka, penduduk Syria, tetap akan dilindungi Allah. Kau pula tiada penolong bagimu. Kosong. Kami pula, umat Islam, ada Allah yang menjadi Penolong kami.

Ulasan

Catatan Popular