Kesempurnaan itu sering jadi rebutan. Ramai yang suka mengejar kesempurnaan walau hakikatnya mereka takkan pernah dapat. Bukan kerana 'kesempurnaan' itu berlari terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar. Tidak, bukan begitu. Akan tetapi, istilah kesempurnaan itu hakikatnya tidak akan mampu diraih oleh manusia sendiri walau sejauhmana dia menginginkan. Apa yang ada hanyalah menerima kekurangan yang ada, dan menganggapnya sebagai satu kesempurnaan dari ALLAH. Ya, kita sempurna dengan cara yang tersendiri. Lihatlah sahabat kita yang lahir tidak berkaki. Mereka sempurna dengan cara mereka tersendiri. Tidak kurang. Tidak lebih. Mana mungkin, ALLAH menciptakan makhlukNya tidak sempurna. Bukankah ALLAH itu Maha Sempurna? Maka, kita sempurna di mata Tuhan. Sungguh, bagi hambaNya yang BERSYUKUR, akan sentiasa melihat kekurangannya sebagai satu kelebihan dari ALLAH. Ini kerana mustahil bagi ALLAH itu menciptakan kita dengan cara yang salah iaitu dengan memberikan kekurangan. Tidak. Maha suci ALLAH, daripada bersifat demikian. ALLAH menciptakan kita dengan cara, kadar, bentuk dan sifat yang paling baik. Syukurlah wahai diri. Tidak apa kalau tidak ada kaki untuk berjalan. Ketahuilah, bahawa ALLAH itu lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya. Mungkin jika kau berkaki, kau gerakkan kakimu ke tempat maksiat. Atau, kau gunakan untuk menyepak ibumu yang sedang membaca Al-Quran. Ya, mungkin saja. Aku tidak tahu. Syukurlah wahai hati..
#WhenHeartSpeaks
#AllahwaRasul
Ulasan
Catat Ulasan