Apakah agaknya rasa yang berlegar dalam qalbu mereka? Pagi petang, mereka hidup dengan penuh ketakutan. Mereka diibaratkan seperti sekelompok semut yang menunggu untuk dipijak oleh manusia yang tidak berhati perut. Jika kau lihat, ada manusia yang langsung buat tidak tahu bila terpijak semut. Hanya dibiarkan semut itu hancur di atas lantai/tanah. Begitulah perumpaan mereka. Musuh yang durjana itu tidak pernah ambil kisah kesusahan atau keperitan yang bakal dialami oleh penduduk Palestin. Mereka akan tetap membunuh, membunuh dan terus membunuh!
Kita rasa sebak bila melihat sekujur mayat anak kecil yang terdampar di tepi pantai. Dikhabarkan bahawa bayi itu adalah pelarian Syria yang terkorban dalam kejadian kapal karam. Ya, mereka dihalau dari tanah kelahiran mereka sendiri. Diusir daripada tanah tempat mereka bermain, belajar dan beradu. Tidak sesaat pun mereka dibolehkan untuk berada dalam rumah mereka sendiri. Undang-undang apakah ini? Demokrasi apakah ini? Politik apakah ini?
Kemanusiaan ditelan habis oleh keraksasaan.
Rakus meratah mangsa yang tidak berdosa umpama anjing yang melahap sampah-sarap ditepian jalan. Sungguh, hatiku hancur dan sedih melihat semua ini berlaku.
Tangisanmu,
Jeritanmu,
Keluhanmu,
Membunuh jiwaku...
Wahai adikku yang syahdu,
Sudah kesat airmatamu,
Lihat hujung sana,
Atas sana,
Burung itu terbang bebas,
Sungguh, satu hari nanti,
Engkau juga akan bebas.....
Jangan gentar dengan musuhmu,
Jangan mundur terus maju,
Senjata kita lebih hebat,
Senjata kita lebih kuat,
Mohonlah doa,
Agar kau selamat....
Ibumu berani,
Ayahmu berani,
Adikmu juga berani,
Abangmu juga berani,
Kakakmu juga berani,
Namun semuanya mati,
Tinggal kau sendiri,
Meniti hidup tiada berseri,
Sunyi..
Sepi...
Duniawi..
"Mana Abi?"
"Mana Umi?"
Ulasan
Catat Ulasan