Children Of Hope : Part 1
--
Dusshh!
Bunyi ledakan bom kedengaran dari luar rumah mereka. Terdengar juga bunyi tembakan bertubi-tubi tidak jauh dari situ. Desiran peluru roket pula dilepaskan berkali-kali oleh musuh yang durjana itu. Sekali-sekala, atap rumah mereka bergegar akibat serangan ganas itu.
"Jangan takut, anakku.." kata Asma kepada anaknya, Khalil. Khalil yang dalam pelukan ibunya, merasa cemas. Matanya yang berwarna coklat hanya memandang tajam wajah ibu kesayangannya itu.
"Jangan tinggalkan Khalil, ummi.." katanya halus kepada ibunya.
"Ummi tidak akan tinggalkan kau. Ummi janji.." balas Asma sambil mengalirkan airmata. Bibirnya yang merah itu mencium halus dahi Khalil.
"Walau apapun yang terjadi, ummi akan sentiasa jaga Khalil, ya?" ujarnya lagi cuba menenangkan hati anak tunggalnya itu.
Dulu, Khalil mempunyai seorang kakak bernama Balqis. Namun, kakaknya telah menemui kematian terlebih dahulu daripada mereka. Terkorban dalam ledakan bom beberapa tahun yang lalu.
Ayahnya pula hilang tanpa perkhabaran. Menurut orang ramai, ayah Khalil telah ditawan dan dibunuh oleh pihak musuh itu. Sebelum itu, ayahnya pernah berpesan, "Jadilah kau budak yang baik dan berakhlak. Hormatilah ibumu dan tuntutlah ilmu jika ada peluang nanti..".
Begitulah pesan ayahnya kepada Khalil.
Kini, hanya ada dia dan Ummi. Mereka hidup sebatang kara. Hanya mengharapkan bantuan datang dari luar. Mereka berdua hidup dalam penuh kekurangan dan ketakutan.
Tiada lagi bekalan air mahupun elektrik. Semuanya telah diputuskan bekalannya oleh pihak musuh yang zalim itu.
Apakah erti keadilan jika kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh secara kejam? Apakah pula erti kemanusiaan jika wanita-wanita ditindas dan tidak dijaga maruah mereka?
"Ummi, Khalil rindu pada ayah dan Kak Balqis.." Khalil menyatakan perasaannya yang terpendam dalam hati.
Asma pecah dalam tangisannya. Lalu, dia mencuba berpura-pura tersenyum sambil berkata, "Khalil, anakku, setiap manusia itu akan pergi meninggalkan kita. Abi dan Balqis sudah pergi mendahului kita. Jangan risau. Nanti kita pasti akan jumpa mereka, ya?".
Betapa hati seorang ibu tidak tahan melihat anak yang hidup dalam penuh kesengsaraan. Seorang ibu itu mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh. Bayangkanlah ibu-ibu yang pagi petangnya meratapi kepergian anak kesayangannya. Pada pagi hari, sang ibu melepaskan anaknya itu pergi bermain dengan kawan-kawannya. Baginya, semua orang layak untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka. Namun, harapan si ibu untuk melihat anaknya pulang ke rumah dengan kebahagiaan, malah bertukar menjadi tragedi hitam.
Terlantar sekujur tubuh kecil yang tidak berdosa. Disisinya pula ada si ibu yang menangis teresak-esak ke atas kepergian anak kesayangan mereka.
"Mereka membunuh anakku! Apa dosa mereka?!" kata si ibu menjerit.
"Mereka hanya ingin bermain. Apa salah mereka??" katanya lagi sambil menangis deras.
Khalil yang masih dalam pelukan ibunya, tidak putus-putus mengucapkan tasbih. Begitu juga Asma. Sampailah bunyi serangan itu berhenti dan mereka berdua pun terlelap di bawah meja kayu mereka.
Dikala fajar Subuh menyingsing, Asma pun membangunkan Khalil untuk solat subuh. Anak kecil yang berusia 8 tahun itu menjadi imam solat Subuh berjemaah bersama ibunya. Semenjak lahirnya, Khalil sudah dididik untuk membaca al-Quran. Asma sendiri yang mengajarkannya membaca Surah Al-Fatihah dan yang lain-lain. Alhamdulillah, sebanyak 5 juzu' al-Quran telah berjaya dihafalkannya.
Selesai solat Subuh, seperti biasanya, mereka akan mencari makan dengan mengambil upah. Namun, hari semakin hari, usaha mereka itu tidak lagi mendatangkan hasil. Ini kerana, semakin ramai penduduk kampung mereka yang menjadi pelarian dan berpindah ke negara lain. Ada yang lari ke Jordan, Turki dan Afghanistan. Tambahan pula; hampir kesemua penduduk mengalami masalah kewangan. Ini membuatkan lagi usaha mencari pendapatan mereka terbantut begitu saja.
Ah, mereka terusir dari tanah kelahiran mereka sendiri. Tanah yang menjadi kebanggaan dan sumber pendapatan mereka. Malah, diceritakan setiap pelarian akan membawa kunci rumah mereka dengan harapan bahawa satu hari nanti, mereka akan pulang semula ke tanah air mereka dan hidup dengan penuh kedamaian.
Hari demi hari. Minggu demi minggu. Jumlah penduduk Syria semakin berkurangan. Khalil dan ibunya, Asma, masih belum berganjak dari tanah kesayangan mereka itu. Mereka ibarat ikan di lautan, yang tidak ingin naik ke daratan.
Bagi Asma sendiri, kampung halamannya adalah segala-galanya. Lebih baik mati ditanah sendiri daripada mati ditanah orang. Begitulah yang tersemat dalam hati Asma.
Namun, sampailah satu saat, prinsip yang dipegangnya itu tidak lagi berguna.
Tepat pukul 3 pagi, saat semua orang sedang tidur lena, mereka berdua dikejutkan dengan kedatangan tiga orang askar yang tidak berperikemanusiaan itu. Mereka menceroboh dan menggeledah rumah Asma.
Mereka berdua diarahkan untuk keluar dari rumah tersebut dengan serta-merta. Apabila ditanya apa sebabnya, askar tersebut tidak mahu memberitahu.
Asma mula menentang keras ugutan askar itu. Sampailah satu tamparan hinggap dipipinya yang halus. Dia ditampar oleh salah seorang askar tersebut. Khalil hanya menangis melihat nasib ibunya. Dia memeluk erat ibunya yang terbaring di atas lantai.
"Ukhruj! Ukhruj! Al-an!" tempik seorang lagi kepada Asma dan Khalil, menyuruh mereka keluar. Ditangannya terdapat senapang 'rifle' yang menunggu penuh taat untuk melepaskan pelurunya.
Asma tidak mampu berbuat apa lagi. Dia terpaksa akur. Lalu, Asma pun cuba bangkit berdiri dengan lemah. Tangannya yang lembut itu hanya mampu mencapai mushaf al-Quran dan kotak kecil berwarna perak di atas almari usangnya.
Mereka berdua ditolak keluar secara kasar. Asma dan Khalil melangkahkan kaki mereka dengan hati yang berat. Sekali-sekala, dilihat kembali rumah yang merakamkan segala kenangan terindah dalam hidup mereka itu. Disitulah tempat mereka makan, solat berjemaah dan mengaji al-Quran bersama-sama. Kini, ia telah dirampas oleh manusia yang bertopengkan binatang.
Ke mana lagi harus dituju?
Masih adakah tempat untuk berteduh di bumi الله ini?
Rumah dirampas! Rupa-rupanya, kesemua rumah jiran-jiran mereka pun mengalami hal yang sama. Mereka juga turut dihalau keluar dari rumah mereka sendiri. Rumah Tuan Sa'ad yang berhampiran dengan rumah mereka, di situ kelihatan keluarga beliau sedang dikerah keluar dari rumah mereka namun Tuan Sa'ad memprotes habis-habisan. Sehingga... "Dusshh!" . Satu tembakan hinggap di dada beliau. Tuan Sa'ad tumbang menyembah bumi. Jatuh lagi seorang syuhada. Dalam masa yang sama, kedengaran jeritan Puan Masyitah, isteri Tuan Sa'ad, dan juga tangisan anak-anak mereka, yang menyaksikan ayah mereka ditembak secara mentah-mentah didepan mata mereka sendiri. Asma dan Khalil segera berlalu pergi dari situ kerana suasana semakin mencemaskan pada malam yang gelap itu. Sampai di sebuah lorong, Asma tidak mampu lagi membuka langkah kakinya. Dia menangis hiba. Lututnya mula melemah sambil tangannya mencari dinding untuk bertatih. "Ya Allah...tolonglah aku dan anakku ini ya Allah!" suara tangisan Asma memenuhi setiap penjuru lorong yang dipenuhi batu-bata bangunan yang runtuh akibat dibedil itu. Khalil hanya terdiam melihat ibunya. "Kami takut ya Allah...Kami takut..." Asma tidak mampu menahan lagi kesengsaraan mereka. Kedua tangannya menggigil kuat. "Ummi. Jangan tinggalkan Khalil ummi. Khalil takut..." Khalil terus memeluk ibunya yang tidak lagi berdaya itu. Asma yang terduduk menangis hanya mampu memeluk anaknya itu erat-erat. Cuba melindungi Khalil sekalipun tidak ada seorangpun yang berada di lorong itu. Kini, mereka sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya ada mushaf al-Quran dan sebuah kotak kecil milik Asma sebagai harta mereka. Hanya itu yang sempat diselamatkan sebelum tentera yang datang itu merampas rumah mereka. "Mereka merampas rumah kita ummi.." kata Khalil penuh syahdu dalam pelukan ibunya. "Yah, ummi tahu.." balas Asma yang mula tenang sedikit. Tangan kirinya membelai halus kepala anak kecil itu. "Tidak apalah, anakku. Biarlah mereka rampas rumah kita. Asalkan kita selamat.." lanjut Asma lagi sambil memegang kedua pipi Khalil. Matanya yang merah akibat menangis itu memandang lembut wajah Khalil. Wajah Khalil yang naif itu telah mengangkat semula semangat Asma. Asma tersenyum kecil sekalipun terpaksa. Kakinya yang tadinya lemah, kini kembali berdiri di bumi tuhan. Tangannya pula terus menggenggam erat mushaf al-Quran yang dibawa. Tangan sebelahnya pula memegang tangan Khalil kuat-kuat. "Jom. Kita cari tempat berteduh.." ujar Asma sambil meneruskan perjalanan mereka. Selepas peristiwa tersebut, mereka membawa diri ke sebuah sekolah yang dikhabarkan telah menempatkan mereka yang tiada tempat tinggal. --
Bersambung

Ulasan
Catat Ulasan