Puisi Rabak #3

Hela nafasku tersekat,

Meresap air cinta yang kian banyak,

Kekosongan mula terisi dengan ketiadaan,

Aku diam,

Tekun memikirkanNya....

Mawar putih pun berlagu,

Mendendangkan zikir rindu,

"Allahu..Allahu.."

Engkau Yang Maha Satu...

Tatkala Dhuha bertandang,

Hatiku diragut ketenangan,

Kegembiraan pula berdansa dalam jiwa,

Rezeki pula datang entah dari mana,

Syukur kupanjatkan,

Hakikatnya...

Dia(الله) senantiasa memberi BANYAK,

Tidak pernah sedikit,

Sentiasa banyak...

Banyak..
Banyak..
Banyak..

Al-Fatihah buat diri sendiri,

Yang sering lupa mengenang Illahi,

Sambutlah nikmatNya,

Dengan pelukan kesyukuran,

Jangan pernah 'sukat-sukat',

Kerana tatkala itu,

Nikmat yang banyak pun nampak sedikit,

Maka syukurmu jangan sedikit,

Akan kau nampak apa yang BANYAK..

Banyak..
Banyak..
Banyak..

"Dan mengingati الله itu lebih besar manfaatnya. Dan, hendaklah kamu bersyukur".

Ulasan

Catatan Popular