Puisi Rabak #4

Dia lahir membawa berita,
Dia lahir memancarkan cahaya,
Dia lahir menggamit rasa,
Bumi berputar,
Gegar gempita,
Gembira sebulat suara,
Akan kelahiran,
manusia yang ditunggu tiba..

Kegelapan padam,
Kebenaran bercahaya,
Islam datang menyelamatkan manusia..
Namun, setengah manusia kufur,
Tidak tafakur,
Kurang percaya..
Kurang ambil kira..

Lahirlah dia..
Lahirlah dia..
12 Rabi'ul Awwal,
Tarikh keramat,
Sampai kiamat tiba..

Lahirnya dia bukan sebagai raja,
Malah bukan orang kaya,
Tapi lahirnya adalah sebagai hamba..
Bukan sebarang hamba,
Yang disuruh membeli gandum di pasar sana..
Tapi hamba kepada ALLAH..
ALLAH Yang Maha Agung dan Maha Esa..

Hidupnya biasa,
Sederhana..
Namun, sungguh luar biasa..
Hatinya telah sempit dengan luasnya kemurahan dan kasih sayang..
Sehingga tiada ruang untuk kebencian bersimpuh dalam hatinya..

Dengarkan lagi aku bercerita...

Rasulullah berdakwah..
Tidak ada siapa yang ambil kisah,
Melainkan cuma sedikit dari mereka..

Ini kisah bukan sebarang kisah...

Sumpah seranah,
Caci tohmah,
Najis 'kamah',
Batu membawa darah!
Semua itu dihadapi Rasulullah..
Untuk siapa?
Hey! Untuk siapa?!
Untuk ummah..
Demi ummah..
Ummah!

Keringat yang basah meliputi dahi,
Harum semerbak menusuk qalbi,
Lidahnya basah sentiasa menyebut Illahi,
Tangannya naik selari dengan hati..
Menadah pada Yang Maha Mengasihi,
Bersendiri..
Menyendiri..
Bibirnya meminta tiada henti,
Kakinya bengkak tiada berdiri,
Bersimpuh takzim pada malam hari..
"Ya Rabb, selamatkan umatku ini.."

Tapi..

Pada hari ini,
Ummah yang diharap-harapkan,
Sudah hampir mati!
Separuh nyawa Baginda memperjuangkan..
Tidak cukup darah dan lelah,
Ditambah pula dengan caci dan tohmah..
Namun, ummah sangat sangat mudah..
Sangat mudah untuk menghancurkan!
Mensia-siakan...

Kini...
Hanya sedikit yang mahu berfikir,
Hanya sedikit yang mahu selawat,
Hanya sedikit yang mahu zikir,
Hanya sedikit yang mahu taubat..

--

Ulasan

Catatan Popular