Puisi Rabak #6 : RAMADHAN
Dunia menunggu penuh debaran,
Akan tibanya bulan Ramadhan,
Terkumat-kamit bibirku,
Bertasbih-tasbih memuji Tuhan..
Tiada makan mahupun minuman,
Nafsu dikongkong jangan 'berkeliaran',
Bukan setakat dahaga dan berlaparan,
Namun,
Bukti suci KECINTAAN dan KETAATAN,
Dari hamba yang dosanya berlumuran...
Sungguh,
Bulan mulia bulan kerinduan,
Menanti di hujung sana,
Penuh kesabaran...
Tatkala Hilal sabit kelihatan,
Umat berduyun-duyun berjalanan,
Merakit Musolla,
Mengharap ampunan..
Tiada jauh malah mendekat,
HambaNya 'berlarian',
Mengejar redha,
Daripada Tuhan Ar-Rahman....
Justeru...
Ramadhan itu termuliakan,
Dengan turunnya Al-Quran,
Tarawih dikerjakan penuh kesyahduan,
Berbaris-baris berdiri penuh keinsafan...
Lailatul Qadr malam KEHAMBAAN,
1 malam lebih baik dari 1000 bulan,
Siapa meminta,
Diperkenankan.. Siapa mengharap,
Pasti diampunkan.. Wahai diri yang penuh kelalaian.... Ayuh kemari dekat-dekatan, Jangan lari jauh - berjauhan, Kekal hampirlah denganNya.. Kekal ingat kepadaNya.. Banyakkan zikir, Banyakkan selawat, Moga Ramadhan ini, Hidup lebih berkat, Jiwa lebih selamat, Minda lebih sihat.. Kini, Penantianku berakhir, Semoga ramadhan ini, Iman sentiasa dilangit-langitkan, Agar matiku nanti, Tiada kecewa sesalan.... Terajanglah nafsu kekerasan, Jangan diturut agar tiada kebinasaan....

Ulasan
Catat Ulasan