Puisi Rabak #7 : Kehambaan Diri

Diam tanpa sepatah kata,
Memikirkan nasib di hari depan,
Apakah aku kekal menjadi hamba?

Kalimat Takbir sudah bergelora,
Hati bergoncang,
Resah..
Gelisah..
Amat susah untuk menerima..

Kini..
Ramadhan benar pergi,
Tidak usah dicari lagi pada dinihari,
Ia kekal pergi..

Lihat di hujung sana,
Tidak sempat melambai,
Dia sudahpun dilupai...

Sekali lagi,
Jiwaku lepas dalam tangisan,
Teresak-esak mengenang,
Dia yang pergi meninggalkan...

Kulihat dia menoleh ke belakang,
Saat bepergian,
Manakan kutahan,
Manakan kusanggup,
Dia senyum berairmata,
lalu berkata,
"Jumpa saja di tahun hadapan.."

Hendakku rayu,
Tiada terdaya,
Hendakku tahan,
Tiada kuasa..
Jiwa sudah kelu,
Terlalu menyedihkan,
Pedih..
Sakit..
Kenapa terlalu cepat berlalunya masa?

Pada 'malam' itu,
Hatiku - meraung,
Mengecut,
Menunduk,
Mengakui,
Meratap..
Menangis,
Mengharap,
Allah.....
"Allah....."
Bergetar ragaku,
Bergegar bahuku,
Tersentak berkali-kali nafasku,
Saat merintih menangis,
Merasakan kebesaran cintaNya,
Terpesonalah aku,
pada Cinta atas Cinta...

Pada 'malam' itu,
Semua berdiri rapat-rapat,
Semua berlari menujuNya dekat-dekat,
Tanda-tanda dicari merata tempat,
Nyata ada pada diri sendiri..
Pandang ke dalam dirimu untuk memandangNya,
Betapa kau cuma Hamba..
Rendah - Kosong,
Tiada apa!

Pada 'malam' itu,
Siapa yang 'merasa' akan merasa,
Siapa yang 'melihat' akan melihat,
Siapa yang 'mendengar' akan mendengar..
Hati mengecut bila dibacakan ayat-ayatNya..
Hati menunduk bila memandangNya dalam solat..
Hati mengakui bahawa الله Tuhan Pemilik Keesaan..

Lalu,
Hati meratap syahdu,
Mohon ditaufiqkan Istiqomah ke dalam diri..
Maka, menangislah diri yang bermandikan dosa,
Hanya tinggal mengharap agar dimasukkan ke syurga,
Tanpa sebarang hitungan kira..

Oh tuhan..
Tidakku layak ke syurga,
Namun sesaat memandang neraka,
Siapa yang sanggup?

Jika dihitung amalku soleh,
Tiada cukup hatta berjuta-juta,
Luasnya rahmat الله,
Bukti kasih nan cinta,
Bagi hamba yang mengharapkan kasihan saja..

Hati ini sudah tawar pada dunia,
Ke mana kupergi terkenang Dia,
Ke mana kupergi terkenang Baginda,
Ke mana kupergi terkenang di sana,
Entah bila berjumpa...
Entah bila bersua...

Aku menjadi nyata dalam fana,
Apabila hidup ini,
Hanya demi Tuhan semata-mata...

Selama hayatku,
Tiada banyak sedikit usaha,
Menyelusuri lautan ilmu,
Melalui lorong hakikat,
Melintasi 'ketiadaan',
Menyelam dalam ma'rifat,
Tembus ke ruangan,
Di mana dindingnya Nur,
Lantainya juga Nur,
Wahai Tuhan,
Aku datang kepadaMu!
Aku datang kepadaMu!

KesucianMu akan kekal abadi,
Bersama kesempurnaanMu,
Maka Kau kupuji dengan pujian yang mutlak,
Hanya Kau(الله) Rabb Yang Maha Satu,
Tiada lagi Tuhan selainMu..
Hanya Kau, Yang Maha Besar..
Hanya Kau, Yang Maha Besar..
Hanya Kau, Yang Maha Besar..

--

04 Syawal 1437

Ulasan

Catatan Popular