Puisi Rabak #9




9/10/2016
--
Telah kucuba menggapai Al-Haq,
Menerusi jalan ini,
Jalan di mana keAKUan itu hilang,
Ketiadaan pula yang wujud..

Aku terus melangkah,
Menuju Allah Rabbul Jalil,
Yang sepanjangnya dihiasi maujud,
Sampailah terzahir cinta dan rinduku,
Tatkala mengusung hatiku,
Menelusuri jalan KekasihMu,
Sambil menangis sendu..

Jalan ini..
Lorong ini..
Bercahaya nan indah,
Dinding dan lampunya,
Dihiasi kerendahan jiwa,
Laluannya;
Sentiasa dipenuhi oleh para pejalan.
Sampailah diri masygul berfikir,
Sebuah ketenangan,
Dalam berzikir kepadaNya..

Dimensi Ruhaniyyah,
Telah mendapatkanku,
Mengambil alih perhatianku;
Malah jiwaku!
Membuatkan diriku,
Terputus dari ikatan dunia,
Ikatan pun terlerai,
Aku berlari menuju Tuhan..

Namun,
Terdengar suara,
Wahai yang tergopoh-gapah,
Perlahankanlah langkahmu menujuNya;
Sungguh kesabaran itu penghias jiwa,
Jiwa-jiwa yang berlari kepadaNya...

Maka;tenanglah,
Selamatlah,
Hati-hatilah,
Kerana secebis cubitan dunia,
Tertewas jiwa ditelan binasa..

#AllahwaRasul
#Allahughoyatuna

Ulasan

Catatan Popular