Puisi Rabak #12: Cinta Di Rabi'ul Awwal
--
Cinta itu tidak semestinya berjumpa,
Namun cukup mendengar kisah-kisahmu,
Membuatkan hatiku terpesona jatuh cinta..
12 itu bagiku tarikh cinta,
Tatkala cahaya memancar-mancar,
Bilamana api Majusi sirna terpadam,
Maka bermulalah bumi ini memeluk Islam..
Malam itu,
Ibundamu melahirkan tanpa kesakitan,
Dalam keadaan sujud dikau dikeluarkan,
Sambil wajahmu seolah serius memikirkan,
Tanda bahawa dikau adalah Rasul akhir zaman..
Di sini akan kupelihara cahaya ini,
Cahaya yang hidup dihatiku,
Terabadi dalam kalimah syahadah,
Menerangi hati yang hitam nista..
Syafa'atmu,
Itulah yang diharapkan bagi diri,
Telagamu,
Itulah yang diharapkan bagi diri,
Bersamamu,
Itulah yang diharapkan bagi diri..
Kini,
Rabi'ul Awwal berlalu pergi,
Abadikanlah Ya Allah,
Cinta dan rindu ini,
Bukti kasih si Perindu..
Selawat juga salam,
Sentiasa terlimpah padamu,
Ya Qamar al-Madinah,
Jadikanlah aku pengikut sejatimu,
Sampai akhir hayatku..
#AllahwaRasul
#12
#CintaDiRabiulAwwal
Ulasan
Catat Ulasan