Puisi Rabak #13




--
Dengarkan..
Hati kita mendendangkan syair cinta,
Aku dan kau,
Sama sekali tidak akan faham bicara mereka,
Bahasa mereka bahasa rahsia,
Hanya mampu dirasa,
Tidak terungkap nan kata..

Kusambut rasa ini,
Biarkan ia berlegar dalam jiwaku,
Putuslah harapanku pada dunia,
Penuh pula hatiku dengan cintaNya,
Hati ini benar milikNya..

Teringat pula,
Saat kukatakan padamu,
Jika kau mahu hatiku; dapatkan padaNya..
Adakah saat itu kau meminta?

Bersamamu, aku menjadi diriku..
Bersamamu, aku kenal Tuhanku..
Siapakah kau?
Kenapa kau hadir dalam hidupku?

Oh benar,
Kau ajari aku untuk melihat hidup ini,
Dari kacamata keajaiban..

Kehidupan berkata :
Belajarlah bersabar,
Belajarlah bersangka baik,
Belajarlah mempercayai,
Belajarlah meyakini,
Belajarlah berbicara dengan hati..

Sungguh,
Engkau benar hadiah dari ilahi..

Wahai cahaya kebijaksanaan,
Belajarlah untuk melepaskanku pergi,
Belajarlah untuk hidup sendiri,
Belajarlah untuk memujuk diri sendiri,
Belajarlah untuk bahagia sendiri,
Kerana aku tidak akan selamanya di sini,
Satu saat nanti,
Aku akan pergi,
Mungkin tak lama lagi,
Mungkin selepas ini,
Hari ini,
Saat ini..

Aku minta,
Kuatkanlah hatimu,
Jangan mudah mengalah,
Teruskan melangkah,
Rintis jejak cintaNya,
Ikuti haluan KekasihNya,
Sehingga..
Aku kau jumpa di sana,
Bertemu lagi bersua muka,
Di jalan yang sama..

Dan saat itu kau bertanya,

"Ke mana kau pergi selama ini?"

Akan aku jawab tanyamu itu,

"Aku dijemput oleh Cintaku.."

Dan kita pun menangis sendu,
Hanya mampu terdiam..
Pecah dalam tangisan,
Melutut ke tanah..

Benar telah aku cuba,
Cuba menghargai sebuah pertemuan,
Manusia datang dan pergi,
Aku perlu belajar merelakan,
Kau milikNya,
Aku milikNya,
Kita hanya akan bertemu dengan izinNya,
Tidak di sini,
Di syurgaNya...

Kumpulkanlah rasa ini,
Biarlah ia menggunung tinggi,
Sampai masa,
Tumpahkanlah ia,
Berselerak di atas Cinta..

#AllahwaRasul
#MenujuKepadaNya
#SiPejalan

Ulasan

Catatan Popular