Puisi Rabak #14 : Siapa Aku?



--
Pabila sukma menjerit hiba,
Rentetan suara itu menikam lebih keras,
Keras dan lebih keras lagi,
Sakit..
Mereka tidak faham,
Mereka tidak tahu,
Aku adalah apa yang aku lalui,
Bersamaku adalah siapa yang kujumpai,
Bagaimana aku adalah hasil sekelilingku,
Aku dibentuk oleh sekelilingku,
Dan terbentuklah siapa aku,
Lalu hilang sirnalah aku dari pandanganku...

Aku adalah hambaNya,
Hamba yang berlumuran dengan dosa,
Ya, aku akui semua itu.
Dan pengakuan itulah satu hakikat..
Hanya aku yang tahu,
Hanya Tuhan yang tahu aku,
Aku..
Aku..
Dan aku..
Sekali lagi,
Siapa aku?

Yang terhijab pun menjelma,
Yang menjelma pun tersingkap,
Hikmah berdiri penuh taat,
Menunggu dilihat oleh mata bulat,
Dunia penuh tipu muslihat
Merampas harga diriku
"Hah, dah terlambat!"
Begitu kata syaitan menyekat
Aku pun tersesat
Mereka pun melihat
Aku yang putus semangat
"Kau masih sempat.."
Suara itu berbisik dekat
Entah darimana kucari tak dapat
Harapanku kini kembali kuat
Kataku selepas itu
Aku perlu bertaubat....

Imaginasi mengambil alih aku,
Menjadikan aku jadi beku
Tak bergerak kerana kaku,
Lidah mula kelu,
Bisu membisu,
Hati mula cenderung melulu,
Kejap 'sini' kejap 'situ',
Ragu dengan pergerakanku,
Syurga atau nerakaMu
Ya, mana pilihanku?
Aku buntu,
Aku keliru,
Keliru itulah aku,
Ah, kusutku membisu,
Sudah! Sudah!
SyurgaMu..
Ya, itu..
Itu..
Itu pilihanku...

Sempurna tidak wujud dalam kamusku
Namun wujud padaNya
Wujud itu milikNya
SifatNya,
Dia (الله) sentiasa ada,
Dialah peneman setia,
Tatkala suara-suara itu melemaskan dada,
Menyesakkan jiwa,
Mendesak penuh noda,
Prosa ini berkata,
Jangan mudah terpedaya,
Buka mata hati buka
Lihatlah segalanya
Kau tak sempurna
Kau kurang lemah tak berupaya
Akui itu..
Ya, akui itu dengan jiwamu,
Yang kuat itu Dia
Yang sempurna itu Dia
Ya, itulah Dia...
--

#AllahwaRasul

Ulasan

Catatan Popular