Catatan 2 : Engkau...






--
Panduan Membaca Nukilan Ini :

1. Langkahkan kaki anda ke satu sudut yang tenang dan sunyi. 
2. Mulakan dengan Basmalah dan Selawat sebanyak tiga kali.
3. Jangan mula membaca selagi belum melakukan langkah 1 dan 2.
4. Baca dengan perlahan sambil membayangkan setiap inti perkataan.
5. Tarik nafas dan dipersilakan untuk 'scroll' ke bawah. :)
--




--
بسم الله الرحمن الرحيم

Engkau..
Penuhi jiwa ini dengan bicaramu yang hikmah..

Engkau..
Lembutkan jiwa ini dengan akhlakmu yang mulia..

Engkau..
Menggamit jiwa ini dengan senyumanmu yang indah..

Engkau..
Menggegar jiwa ini dengan luhurnya cintamu yang tak bertepi..

Ya Muhammada,
Jangan hendaknya hati ini tidak mengenalimu,
Kerana sungguh rugi!
Sungguh rugi pada hati yang tidak kenal padamu..
Tidak cinta padamu..
Tidak rindu padamu..

Engkau..
Menadah tangan untuk ummah,
Mengalirkan airmata untuk ummah,
Menyebar risalah untuk ummah,
Berkeringat untuk ummah,
Luka berdarah untuk ummah,
Manakah balasan budiku untukmu, Ya Muhammada?
Tiada..Tiada..
Sebesar debu, masih tiada jasaku untukmu..

Tatkala bumi Madinah menerima kedatanganmu..
Thola'al Badru..Thola'al Badru..
Engkau..
Ditunggu nan tiba,
Dirindu penuh siksa,
Disambut penuh mesra,
"Manakah Muhammad?"
"Manakah Muhammad?"
Mereka tertanya-tanya..
Lalu, di balik padang pasir yang tandus..
Seiring dengan terbangnya debu pasir..
Serentak dengan hayunan pelepah kurma di tepi Wada'..
"Itulah Muhammad!"
"Muhammad telah datang!"
Terpampanglah wajah mulia itu di depan mata..
Tiada hijab pendinding..
Jelas..
Nyata..
Luas dahinya..
Pipinya merah bercahaya..
Keriting rambutnya..
Mancung hidungnya..
Sempurna senyumannya..

Ya Muhammada,
Bagaimana hati tidak jatuh cinta?
Bagaimana hati tidak rindu siksa?
Allah......
Malunya aku padamu..

Ya Muhammada,
Engkau..
Indah tak terkata,
Sempurna tiada cela,
Mulia tidak hina,
Engkau...
Rasul الله..
Habib الله..
Nabi الله..
Kesayangan الله...

 --
#AllahwaRasul
#Engkau
#CintaiRasulullah

Ulasan

Catatan Popular