Catatan 4 : Masih Bernafas...
--
Ia tidak berhenti di sini. Kisahku ini akan terus berdendang sehingga ke akhir nafasku. Terserah bagaimana penerimaanmu. Aku di sini hanya ingin menjadi diriku. Aku yang suka dengan perkataan-perkataanku. Pernah sekali, ingin kumatikan watakku. Kerana ia kosong bagaikan tak bermutu.
Namun, aku bukan Tuhan.
Lalu, sampailah aku pada hari ini, di sini, pada titik ini.
Aku masih bernafas.
Menghirupnya satu demi satu.
Entah bila pula habisnya. Kali ini, aku hanya ingin menikmatinya. Menghabiskannya satu per satu demi tuhanku Yang Maha Satu.
Bernafas seolah-olah esoklah hari raya bagi diriku. Kematianku.
Semoga hari esok, akan lebih baik. Semoga akan lebih baik.
Semoga...
--
#AllahwaRasul
#breathasifyoulldietomorrow
Ulasan
Catat Ulasan